the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anugerah DPPN suntik semangat perkasa perkhidmatan awam – KSN

GEORGE TOWN: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menganggap penganugerahan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang diterimanya sebagai pendorong untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Beliau menyampaikan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib atas pengiktirafan tersebut. “Anugerah ini menyemarakkan lagi semangat saya dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam ke tahap lebih cemerlang dan tertinggi,“ katanya selepas istiadat di Dewan Seri Pinang.

Shamsul Azri menyeru semua penjawat awam agar melaksanakan tugas dengan penuh komitmen demi kepentingan rakyat dan negara. Beliau mengetuai senarai 280 penerima anugerah, termasuk Tan Sri Dr Mohd Yussof Abdul Latiff dan Datuk Farhash Wafa Salvador.

Seramai 150 individu menerima Darjah Kebesaran, manakala 1,380 lagi dianugerahkan Bintang dan Pingat Kehormatan dalam istiadat selama empat hari bermula hari ini. Acara dimulakan dengan 17 das tembakan meriam serta tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings