the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar akui hilang tonggak penting perkhidmatan awam dengan persaraan Mohd Zuki

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam berikutan persaraan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos di sini, Anwar berkata perhimpunan tersebut adalah yang terakhir bagi Mohd Zuki.

“Saya bersyukur kerana sejak menjadi Perdana Menteri, selain ada rakan dalam pentadbiran, saya juga didampingi tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam iaitu Tan Sri Zuki dan kebetulan perhimpunan ini terakhir bagi beliau selaku KSN,” katanya.

Anwar berkata bermula hari pertama beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Mohd Zuki telah secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.

“Saya menghargai dan terhutang budi kepada beliau kerana walaupun berpengalaman berkhidmat dengan Perdana Menteri sebelum ini, tetapi beliau tetap menjalankan khidmat secara professional,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kewibawaan Mohd Zuki terserlah apabila beliau bekerja tanpa mengira waktu, termasuk semasa cuti hujung minggu, apabila khidmatnya diperlukan.

“Saya tidak bermaksud memberi pujian berlebihan, tetapi ini kenyataan.

“Kadang kalau, jika ada apa-apa masalah, saya terus telefon atau mesej beliau. Ini satu susuk penjawat awam yang tak pernah beri gambaran letih atau bagi alasan, tetapi mencari jawapan sebaik mungkin,” katanya.

Perdana Menteri berkata kemajuan negara, keterangkuman Ekonomi MADANI, pengukuhan Ringgit, kemasukan pelaburan asing, serta pelaksanaan pelbagai projek tidak mungkin dapat dicapai tanpa pengorbanan penjawat awam.

Anwar berkata jasa dan perkhidmatan Mohd Zuki tidak akan dilupakan. Beliau mahu penjawat awam mengambil contoh daripada sumbangan yang dicurahkan oleh Mohd Zuki terhadap perkhidmatan awam.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata pengganti Mohd Zuki akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Tak ada (nama calon) tetapi (pengumuman) dalam masa sangat terdekat,“ katanya ringkas.

Mohd Zuki, 62, dilantik sebagai KSN sejak 31 Dis 2019 dan dilantik semula memegang jawatan itu secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mohd Zuki juga pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri, serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings