the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar – ‘Langkah Dubai’ tidak beri kesan kepada pentadbiran

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau maklum mengenai ‘Langkah Dubai’, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan pimpinannya sekarang adalah soal kerja dalam membangunkan negara dan menjaga rakyat.

“Saya baca mengenai Langkah Dubai, tapi bagi saya kita tumpu soal kerja. Itu kerja mereka bagi saya tidak mengesankan.

“Yang penting, kita dah mula 2 Januari melancarkan satu program penting (Pangkalan Data Utama – PADU) bagi rakyat,“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis peluncuran PADU di sini hari ini.

Sabtu lepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings