KUALA LUMPUR: Hubungan dua hala antara ASEAN dan Amerika Syarikat menunjukkan kemajuan positif dengan pengesahan kehadiran Presiden AS Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Kedua-dua pihak dijangka memperkukuh kerjasama ekonomi melalui pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan perjanjian itu akan memberi manfaat timbal balas kepada ASEAN dan AS.
Beliau berkata perjanjian ini akan melengkapkan kelebihan antara satu sama lain sambil mengukuhkan blok ekonomi ASEAN yang mempunyai lebih 600 juta penduduk.
“Kita kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan ART,” katanya dalam temu bual berkumpulan bertemakan How ASEAN’s economic prosperity supports regional political stability? di sini hari ini.
Tengku Zafrul menyatakan AS sedang berbincang dengan beberapa negara ASEAN untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.
“Harapan dan matlamatnya adalah supaya perjanjian ini dimeterai oleh kedua-dua pemimpin semasa sidang kemuncak ini.”
Beliau menekankan ASEAN ingin membuktikan kepada AS terutama pentadbiran Trump bahawa mereka bekerjasama dengan semua pihak.
“ASEAN boleh menjadi rakan kepada semua negara termasuk AS,” tambahnya.
Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dari 26 hingga 28 Oktober. – Bernama