the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ASEAN-GCC-China gabungan ‘segi tiga’ berpotensi besar – Mohamad

MADINAH: Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan berlangsung di Malaysia pada 2025 sempena kepengerusian ASEAN, dijangka membentuk pakatan segi tiga yang berpengaruh serta membuka potensi besar bagi kerjasama pelbagai hala rentas sektor.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.

“GCC adalah blok yang mempunyai banyak modal, ASEAN pula kaya dengan sumber asli dengan potensi pembangunan, manakala China memiliki pasaran yang besar.

“Jadi sekiranya kerjasama ini diuruskan dengan baik, (gabungan) ASEAN, GCC dan China bakal membentuk satu blok baharu yang besar serta memberi impak besar kepada ekonomi dunia,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis makan malam bersama Komuniti Malaysia di Madinah di sini pada Khamis.

Mohamad berkata kerjasama melibatkan tiga blok itu juga mampu meluaskan pasaran ekonomi negara terlibat, di samping mengelakkan kebergantungan kepada satu sumber pasaran semata-mata.

“Kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber atau satu pasaran semata-mata. Kita mesti pelbagaikan kawasan sumber, termasuk pelaburan dan pasaran,” katanya.

Pada 8 Nov lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata bahawa Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025 secara rasmi menjemput pemimpin China untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.

Fahmi berkata jemputan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang ketika beliau melakukan lawatan kerja ke China pada November lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings