the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ATM bantu bersih sekolah terjejas banjir

DUNGUN: Berbaki dua hari sebelum sesi persekolahan bermula, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini tampil membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir Raja di sini yang terjejas banjir.

Berbekalkan kekuatan 33 anggota daripada kompeni C Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), operasi pembersihan berkenaan dimulakan sejak awal pagi tadi hingga petang ini bagi memastikan 53 murid dapat belajar dengan selesa pada Selasa ini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kampung Pasir Raja Shahdan Musa berkata pihaknya bersyukur kerana anggota ATM sudi menghulurkan bantuan kerana kerja-kerja pembersihan sekolah yang mempunyai tiga blok itu agak sukar dilakukan tanpa bantuan daripada pihak luar.

“Banjir di kampung kami bermula pada 23 Dis lepas. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dibuka pada 24 Dis dan telah ditutup semalam, namun tak sampai tiga jam ditutup pada 5 petang air sungai naik kembali dan penduduk kembali ke PPS sehingga sekarang.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota tentera kerana menyumbangkan tenaga melakukan kerja pembersihan di sekolah ini,“ katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Tengku Noor Suriati Tengku Abdul Rahman, 39, yang mempunyai dua anak bersekolah di situ berharap pihak berkaitan boleh memberikan sedikit kelonggaran seperti menangguhkan sesi persekolahan terlebih dahulu kerana bimbang kejadian banjir berulang dan banyak kelengkapan persekolahan anak-anaknya musnah dihanyutkan banjir.

“Saya masih rasa susah hati sebab kita tak tahu takut-takut air naik lagi dengan laluan nanti boleh terkepung, jadi mungkin pihak berkaitan atau kerajaan boleh fikirkan sesuatu untuk membantu anak-anak ini memulakan sekolah dalam keadaan selesa,“ katanya.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang dibuka semula secara pentadbiran selepas ditutup semalam menempatkan 66 orang daripada 24 keluarga. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings