the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Atmosphere 360 & Cafe 360 tidak beroperasi atas perintah Mahkamah

KUALA LUMPUR: The Atmosphere 360 & Café 360, yang terletak di Menara KL di sini, tidak beroperasi pada masa ini kerana premis itu adalah di bawah pengawasan dan kawalan Mahkamah Tinggi, kata Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).

MKLSB berkata bailif mahkamah datang ke Menara KL semalam untuk melaksanakan Writ Pemilikan dan Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB), pengendali kedua-dua premis yang sehingga kini, AKSB mengingkari, mengabaikan atau gagal untuk mematuhinya.

“AKSB telah beroperasi secara tidak sah dan mengingkari perintah mahkamah dan tidak membayar sebarang sewa kepada MKLSB dari Julai 2023 sehingga ke hari ini, kata MKLSB dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu juga menjelaskan biarpun pemegangan premis itu oleh AKSB yang tidak mengikut undang-undang sejak 1 Julai 2023, MKLSB tidak pernah mengganggu operasi dan pengurusan Atmosphere 360 dan Café 360.

“MKLSB juga menekankan bahawa semua langkah diambilnya dalam menyelesaikan isu sewaan dengan AKSB adalah mematuhi undang-undang dan prosedur Malaysia,” katanya.

MKLSB berkata ia amat kesal dengan insiden semalam yang menyebabkan ketidakselesaan dan kekecewaan pelawat dari Malaysia dan juga seluruh dunia walaupun lain-lain perkhidmatan di Menara KL beroperasi seperti biasa.

Menurut MKLSB, perjanjian sewaan premis itu untuk pengoperasian Atmosphere 360 dan Café 360 sepatutnya tamat pada 31 Dis 2022 dan MKLSB telah memaklumkan kepada AKSB pada 10 Nov 2022 bahawa perjanjian sewaan itu tidak akan diperbaharui.

Bagaimanapun, AKSB merayu untuk dilanjutkan dan MKLSB bersetuju untuk membenarkan AKSB mengendalikan perniagaannya sehingga 30 Jun tahun ini dan ia perlu mengosongkan premis menjelang tarikh tamat tempoh dan perjanjian sewaan itu tidak akan dilanjutkan atau diperbaharui.

Pada 9 Jun tahun ini, AKSB memulakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap MKLSB dan memohon injunksi terhadap MKLSB untuk mengelakkan syarikat itu daripada menguatkuasakan haknya sebagai tuan punya premis untuk mendapat pemilikan premis kosong daripada AKSB selepas tempoh sewaan tamat pada 30 Jun.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi AKSB pada 27 Jun lepas.

Selepas itu, pada hari tarikh sewaan tamat, MKLSB telah memaklumkan dan meminta penyerahan premis yang telah dikosongkan kepada AKSB menerusi notis, surat dan memo tetapi semuanya tidak berhasil.

Pada 4 Sept, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MKLSB untuk penghakiman terus bagi mendapatkan pemilikan premis yang dikosongkan daripada AKSB setelah mendapati tempoh sewaan tamat pada 30 Jun dan memerintahkan AKSB untuk membayar sewa dua kali ganda mulai 1 Julai sehingga tarikh AKSB menyerahkan premis itu yang telah dikosongkan.

AKSB telah memfailkan permohonan penggantungan hukuman yang diperintahkan Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 23 Nov tahun ini.

Sementara itu, MKLSB terus memaklumkan dan meminta AKSB mematuhi Perintah Mahkamah Tinggi dan menyerahkan premis yang telah dikosongkan selain daripada pembayaran wang tunai kepada MKLSB seperti yang diarahkan mahkamah tetapi tidak diendahkan.

Oleh kerana AKSB terus mengingkari dan tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi, MKLSB tiada pilihan, selain memohon mahkamah melaksanakan perintah itu.

Pada 23 Nov, Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran kepada MKLSB untuk pengeluaran Writ Pemilikan bagi mendapatkan semula premis yang telah dikosongkan daripada AKSB dan memfailkan kedua-dua Writ Pemilikan dan Writ Penitaan dan Penjualan di Mahkamah Tinggi untuk melaksanakan perintah itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings