the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

MELAKA: Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata 14 kawasan terjejas banjir membabitkan Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih dan Kampung Lekok.

Selain itu, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baharu Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang, Kampung Berisu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3 serta Taman Seri Aman turut terkesan akibat bencana itu.

“Setakat ini, PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 63 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Perkim Masjid Tanah (empat mangsa daripada dua keluarga), PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar (67 mangsa dripada 10 keluarga).

“…manakala PPS Balai Raya Ayer Paabas menempatkan empat mangsa dan PPS Taman Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu 2 (110 mangsa daripada 20 keluarga),” katanya.

Pihaknya menjangka terdapat pertambahan malam ini berikutan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih masih dalam proses mendaftarkan mangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img