IPOH: Situasi banjir di daerah Perak Tengah pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Parit, petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata baki seramai 130 mangsa daripada 44 keluarga yang berlindung di PPS tersebut sejak semalam dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dan PPS ditutup 2 petang.

Hujan lebat selama beberapa jam pada awal pagi semalam menyebabkan air naik hingga paras pinggang di kawasan Kg Serapoh dan Kg Buloh Akar menyebabkan lebih 200 penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.

Beberapa kawasan di Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka turut dinaiki air.