PONTIAN: Banjir kilat yang melanda lima kampung di daerah ini telah pulih sepenuhnya.
Pusat pemindahan sementara (PPS) tunggal yang dibuka sejak semalam telah ditutup petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman mengesahkan penutupan rasmi PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya pada pukul 2 petang tadi.
Sebanyak 157 penduduk dari 46 keluarga telah ditempatkan di PPS setakat 12 tengah hari tadi.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri itu menyatakan hujan lebat berterusan dan penurunan air Gunung Pulai menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Kawasan terlibat termasuk Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
Secara keseluruhan 159 penduduk daripada 46 keluarga telah ditempatkan di PPS yang dibuka pada pukul 6 pagi. – Bernama