the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan SARA boleh digunakan hingga 31 Dis, tidak perlu terburu-buru

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Orang ramai mempunyai tempoh hingga 31 Dis ini untuk membelanjakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekali bayar sebanyak 100 ringgit yang diberikan oleh Kerajaan MADANI.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru menggunakan bantuan itu hingga perlu beratur panjang di kaunter bayaran.

“Sekiranya bimbang perlu beratur panjang, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai runcit terpilih yang berdekatan atau beli-belah secara berkala,“ katanya kepada pemberita selepas sesi turun padang ke kedai runcit yang menyertai program MyKasih di sini hari ini.

“Jangan risau kerana anda mempunyai tempoh empat bulan untuk menggunakan kredit ini,“ katanya.

Teo menasihati orang ramai agar tidak bimbang mengenai gangguan sistem semasa menggunakan MyKad untuk menebus bantuan tersebut memandangkan sistem MyKasih kini lebih stabil dengan peningkatan kapasiti sebanyak 60 peratus.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) mengambil tindakan pantas susulan beberapa aduan gangguan sistem pada hari pertama dan kedua selepas bantuan sekali bayar sebanyak 100 ringgit dikreditkan dalam MyKad mulai 31 Ogos.

“Saya rasa kerana terlalu ramai yang cuba menebus bantuan itu serentak, menyebabkan sistem tergendala pada hari pertama dan kedua,“ katanya.

“Sekarang rakyat tidak perlu lagi risau untuk membuat pembelian menggunakan SARA,“ katanya.

Penerima SARA, Amutha Keevachee, 50, menyatakan rasa lega atas kelancaran proses penebusan bantuan tersebut.

“Saya boleh jimat duit dan guna 100 ringgit ini untuk beli barang keperluan rumah, proses pembayaran pun cepat dan mudah, mereka cuma minta kad pengenalan untuk imbas dan terus boleh buat pembayaran,“ kata guru tadika itu.

Lee Kah Wee, 42, turut menyatakan rasa puas hati terhadap kelancaran sistem pembayaran SARA pada hari ini.

“Ada yang kata kalau guna kad pengenalan lama tak boleh buat pembayaran tapi urusan pembelian saya berjalan lancar walaupun saya guna kad pengenalan lama yang tiada logo Touch ‘n Go,“ katanya.

“Saya berpuas hati dengan sistem hari ini,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Most Viewed

spot_img