the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bas, kenderaan berat wajib guna SLD bermula 1 Okt – Loke

SHAH ALAM: Penggunaan peranti had laju (SLD) ke atas kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres dan persiaran dikuatkuasakan secara berperingkat bermula 1 Okt ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu sebagai usaha mengurangkan risiko kemalangan maut melibatkan kenderaan berat dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Beliau berkata buat permulaan ia dilaksanakan kepada semua bas ekspres dan persiaran serta kenderaan barangan berat maksimum 3,500 kilogram (kg) yang didaftar bermula 1 Jan 2015.

“Untuk itu, mereka wajib mendapatkan pengesahan kefungsian dan laporan SLD daripada pengilang/ pengeluar kenderaan, bengkel atau fasiliti servis diiktiraf JPJ selain badan pensijilan bertauliah oleh Jabatan Standard Malaysia.

“Dokumen pengesahan kefungsian dan laporan SLD ini wajib diperbaharu setiap dua tahun dan perlu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) serta ketika permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),“ katanya pada sidang media selepas Majlis Pelaksanaan Penggunaan SLD bagi kenderaan perdagangan di sini hari ini.

Loke berkata dokumen berkenaan juga perlu dibawa setiap masa bagi tujuan penguatkuasaan JPJ.

Selain itu, Loke berkata pengaktifan SLD dalam unit kawalan elektronik (ECU) turut diwajibkan ke atas kenderaan barangan berat maksimum 3,500kg serta membawa penumpang lebih lapan orang sebelum 1 Jan 2026.

Beliau berkata penguatkuasaan itu turut terpakai untuk kenderaan rebuild dan kenderaan barangan import terpakai berat maksimum 3,500kg.

Kenderaan yang melebihi berat 3,500kg dan kenderaan membawa lebih lapan penumpang yang tidak dilengkapi SLD turut diwajibkan memasang peranti secara retrofit yang mendapat pengesahan JPJ sebelum 1 Julai tahun depan.

“Penguatkuasaan ini adalah satu langkah penting ke arah memastikan kenderaan perdagangan mematuhi ciri keselamatan kritikal, seterusnya mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melibatkan nyawa dan harta benda,” katanya.

Beliau berkata semua jenis bas dan kenderaan berat telah ditetapkan had laju maksimum 90km/j.

“Alat ini akan mengehadkan kelajuan untuk kenderaan berat kepada 90 km/j sahaja namun mereka perlu patuh pada had laju kawasan yang dilalui.

“Walaupun di lebuh raya membenarkan hingga 110 km/j, (dengan adanya SLD ini) 90 km sejam sahaja. Jadi ini akan diselaraskan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings