the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari – Armizan

KUCHING: Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Petronas juga disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesen-stesen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan itu.

“(Ini) untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh,“ katanya dalam mesej WhatsApp yang diterima Bernama di sini, hari ini.

Dalam kita menyelesaikan isu ini segera untuk menangani keperluan pengguna di kawasan-kawasan terjejas, Petronas dan syarikat minyak terlibat telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit,“ katanya.

Menurutnya, kaedah penyelesaian itu dicapai hasil perbincangan di antara pihak kementeriannya dengan Kementerian Kewangan dan Petronas.

Kekurangan bekalan diesel bersubsidi di Sarawak dibangkitkan oleh Pengerusi DAP negeri itu, Chong Chieng Jen pada Isnin lepas yang berkata situasi itu sudah berlaku sejak dua minggu lepas.

Katanya kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Consumer Goods Leaders Urged to Treat AI as Enterprise Mandate, Not IT Initiative

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Speaking at the Global Summit of the Consumer Goods Forum, Dr Malina Ngai, Group CEO of AS Watson, shared a clear message to industry leaders: AI transformation is not an IT programme - it is a CEO mandate.

Luis Suarez Joins 1win as Official Football Expert for the FIFA World Cup 2026

MEXICO CITY, MEXICO - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - The international brand 1win has announced a partnership with football legend Luis Suarez, who joins the company as its official football expert and ambassador for the FIFA World Cup 2026 season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings