the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas juruteknik tnb didakwa kemuka dokumen palsu

IPOH: Seorang bekas juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu empat tahun lepas.

Abdul Hadee Ahmad, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dalam pengetahuannya telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu atas nama ZG Engineering Sdn Bhd bagi April 2020 berjumlah lebih RM19,000 dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya iaitu TNB.

Dia didakwa dengan curang mendorong TNB untuk membuat pembayaran itu pada 28 Okt 2020 untuk kerja-kerja yang tidak dilakukan.

Kesalahan didakwa dilakukan di TNB Cawangan Bidor, Batang Padang di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Abdul Hadee turut didakwa atas pertuduhan pilihan memperdayakan TNB untuk membuat pembayaran dengan jumlah, tarikh kejadian dan lokasi yang sama mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Sharul Azuan Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.

Sharul Azuan menawarkan jaminan RM15,000 dan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Bagaimanapun Ahmad Shamil merayu jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak yang dua daripadanya menghidap autisme.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 26 Julai ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings