the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2026 perkukuh reformasi perumahan mampu milik

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti mekanisme sokongan untuk memperkukuh reformasi perumahan dalam Belanjawan 2026 dengan tumpuan khusus kepada inisiatif memperluas akses kepada perumahan mampu milik.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan kewangan masing-masing.

“Perumahan mampu milik akan terus menjadi keutamaan Malaysia dalam melangkah maju, kita sedang meneliti mekanisme baharu untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki dan mampu membeli rumah,“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Property Information System Malaysia (PRISM) 2.0.

Beliau menjelaskan bahawa reformasi mengikut Rancangan Malaysia Ke-13 juga dirangka untuk menangani isu perumahan termasuk pembangunan model baharu seperti skim sewa untuk beli dan peralihan secara berperingkat kepada pendekatan siap bina kemudian jual bagi mengurangkan risiko projek terbengkalai.

Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings