KUALA LUMPUR: Bersatu telah menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi Parlimen melibatkan enam bekas ahlinya yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata surat bertarikh 9 Julai itu telah diserahkan lewat petang semalam.

“Speaker Dewan Rakyat menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi (Parlimen) bekas Ahli Bersatu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.