the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba pantau lokasi berisiko banjir di Selangor

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menjalankan pemantauan di beberapa lokasi susulan kejadian banjir kilat di Kajang petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata banjir kilat pada kira-kira 6 petang itu adalah akibat hujan lebat yang menyebabkan sebuah kereta terperangkap dan berlaku kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata pihaknya juga berjaya menyelamatkan seorang warga emas berusia 86 tahun selepas rumah wanita itu di Kampung Sungai Kantan dinaiki air separas buku lali.

Ahmad Mukhlis berkata banjir kilat di Kajang dilaporkan surut pada kira-kira 7 malam namun pemantauan berterusan dilakukan di lokasi terbabit.

“Pemantauan turut dilakukan di beberapa lokasi seperti Dengkil dan Klang… setakat 10 malam tadi, keadaan di dua lokasi terbabit terkawal serta tiada risiko banjir atau banjir kilat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video memaparkan kejadian banjir kilat di Kajang yang mengakibatkan sebahagian jalan utama terjejas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings