the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buruh didakwa edar 528 kg methamphetamine

KANGAR: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 528 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd Fazli Aziz, 35, dan tertuduh mengakui faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 528,000 gram di kawasan semak, Hutan Simpan Mata Ayer Perlis Utara di Padang Besar pada 4 pagi, 10 Jan lepas.

Mohd Fazli dituduh mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur dan jika tidak dihukum mati dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings