the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan bubar MCA, sertai DAP tidak mungkin berlaku – Loke

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SEREMBAN: Cadangan supaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP tidak mungkin berlaku, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadi Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selain tidak pernah dibincangkan di dalam parti itu.

“Bagi saya perkara itu tidak timbul. Secara terus terang saya katakan itu pandangan beliau (Chong) sahaja.

“Beliau boleh memberikan pandangan, namun pertama sekali ia bukanlah pendirian parti dan kedua, saya tidak nampak ada kemungkinan seperti itu,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis minum petang dan pemberian insentif kepada 219 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 peringkat Parlimen Seremban di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Chong menyarankan MCA dibubarkan dan menyertai DAP sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, keadilan dan kemajuan sejati di negara ini selain menyatakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah tidak lagi mewakili masyarakat Cina.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img