the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan

KOTA BHARU: Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan terutama perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.

Sejak berzaman wanita dari negeri Che Siti Wan Kembang ini telah dikenali sebagai wanita yang gigih dan cekal dalam meneroka pelbagai jenis perniagaan termasuk penghasilan produk makanan, batik serta pelbagai produk tempatan yang lain.

Semangat yang sama turut menjadi sumber kekuatan buat seorang petani wanita Rosmarizan Mohd Bakari, 40, yang mengusahakan tanah sawah seluas 50 ekar di Pasir Puteh selain mula berjinak dalam penanaman tebu yang diusahakan berdekatan rumahnya di Ketereh.

“Saya mula terdedah kepada kerja penanaman padi sejak di usia remaja kerana selalu mengikut ayah ke bendang dan belajar mengenai selok-belok bertani.

“Selepas ayah meninggal dunia 12 tahun lepas saya mengambil keputusan untuk menyambung pekerjaan itu dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama,” katanya kepada Bernama baru-baru ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.

Rosmarizan berkata pada awalnya beliau kurang yakin kerana mengusahakan sawah merupakan pekerjaan yang lasak selain terpaksa berjemur di bawah terik mentari.

“Bersandarkan sedikit pengalaman, saya nekad meneruskannya dan mampu menjana pendapatan kira-kira RM100,000 semusim,” katanya.

Menurutnya selain mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada arwah bapa beliau tidak pernah berhenti menimba ilmu berkaitan bidang pertanian termasuk teknologi terkini yang memudahkan kerja di sawah.

“Penggunaan dron misalnya banyak membantu memudahkan kerja-kerja menabur benih, meracun dan membaja, selain boleh menjimatkan kos mengupah pekerja yang ramai,“ katanya.

Berkongsi kisah jatuh bangun kerjaya yang dipilihnya itu, Rosmarizan memberitahu dia tidak pernah putus asa dalam meneruskan pekerjaan itu walaupun ada yang mempertikaikan kemampuannya.

“Ya, ada masa kita jatuh tapi saya tekad meneruskan bidang pertanian dan mengorak satu lagi langkah ke hadapan melalui tanaman tebu yang mula diusahakan sejak dua tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata bermula tahun lepas, dia mula menghasilkan air tebu sejuk beku untuk dijual kepada pelanggan tempatan iaitu sebanyak 6,000 botol sebulan yang dijual pada harga RM5 sebotol dan berjaya meraih pendapatan kira-kira RM40,000.

“Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, saya telah beri peluang kepada 10 ejen meluaskan perniagaan ini dengan memasuki pasaran luar Kelantan iaitu ke Pulau Pinang dan Johor,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings