the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

CEO TikTok mohon bertemu menteri luar Kanada bincang penutupan operasi

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew, telah memohon pertemuan segera dengan Menteri Luar Kanada Melanie Joly bagi membincangkan arahan penutupan operasi syarikat itu di negara tersebut. Permohonan itu dibuat menerusi surat bertarikh 2 Julai lalu.

Dalam surat tersebut, Shou menyatakan bahawa tanpa campur tangan Joly, TikTok akan terpaksa menutup operasinya sepenuhnya di Kanada. Ini akan mengakibatkan pemberhentian semua kakitangan tempatan serta penghentian pelaburan bernilai ratusan juta dolar. Selain itu, syarikat juga tidak lagi dapat menyokong pencipta kandungan dan budaya Kanada.

Shou turut menegaskan bahawa keputusan menutup pejabat TikTok Kanada dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam situasi berbeza. Beliau berpendapat keadaan semasa tidak lagi mencerminkan realiti tersebut.

“Kami yakin kebimbangan Kanada boleh ditangani melalui protokol keselamatan data yang dipertingkat bagi data pengguna Kanada, disahkan oleh pihak ketiga yang dipercayai; serta menerusi langkah ketelusan dan pemantauan tambahan bagi meningkatkan akauntabiliti dalam isu seperti keselamatan dalam talian, pilihan raya dan campur tangan asing,“ kata Shou.

Pada November lalu, kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Justin Trudeau mengarahkan penutupan cawangan TikTok di Kanada, TikTok Technology Canada, atas alasan risiko keselamatan negara. Awal 2023, Ottawa juga mengharamkan penggunaan aplikasi itu pada semua peranti kerajaan persekutuan kerana kebimbangan privasi dan keselamatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img