the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

China sokong usaha damai Thailand-Kemboja

BEIJING: China akan mempertahankan pendirian yang adil dan saksama, mengekalkan komunikasi rapat dengan Kemboja dan Thailand, mendorong rundingan damai secara aktif, serta memainkan peranan konstruktif demi mewujudkan gencatan senjata antara Kemboja dengan Thailand.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik bersenjta di kawasan sempadan Kemboja dan Thailand.

Menurut jurucakap itu, Kemboja dan Thailand bukan sahaja berjiran, tetapi juga merupakan negara sahabat kepada China.

Mengekalkan sikap kejiranan baik dan saling percaya serta menangani perselisihan secara rasional bukan sahaja sesuai dengan kepentingan asas kedua-dua negara untuk jangka masa panjang, bahkan penting untuk keamanan dan kestabilan serantau, katanya.

Beliau turut berharap Kemboja dan Thailand mengambil kira kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara, menghargai keamanan dan hubungan kejiranan baik, menangani perselisihan secara damai melalui dialog dan perundingan, agar keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan dapat dipulihkan secepat mungkin.

Jurucakap itu menambah bahawa Kemboja dan Thailand merupakan anggota penting dalam ASEAN.

Blok serantau itu mengambil langkah proaktif dalam mempromosikan gencatan senjata antara kedua-dua negara.

China memuji kesungguhan ASEAN dan mengalu-alukan semua usaha yang kondusif bagi meredakan ketegangan situasi serantau, kata beliau- BERNAMA-CMG

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

Akmal to abide by party leaders’ decisions on his positions

UMNO Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh says he will follow the decisions of party president Ahmad Zahid Hamidi and Melaka Chief Minister Ab Rauf Yusoh regarding his state posts.
spot_img

Popular Categories