the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari

IPOH: Pasangan suami isteri disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sehingga maut dalam kejadian di Taman Malkop di sini semalam, direman enam hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 66 tahun dan isterinya berumur 27 tahun itu dikeluarkan Majistret S. Punitha.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 9.45 pagi semalam.

Beliau berkata kanak-kanak itu yang merupakan anak angkat pasangan terbabit dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas itu.

Menurutnya terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.

Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings