the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Digitalisasi cukai mudahkan urusan pembayar, tingkat pematuhan – hasil

KUALA LUMPUR: Inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam memacu transformasi digital secara menyeluruh akan mempermudah urusan pembayar cukai di seluruh negara sekali gus meningkatkan tahap pematuhan.

Ketua Pegawai Sektor Operasi Cukai HASiL Marsidi Zelika berkata transformasi digital yang sedang digerakkan bukan hanya tertumpu kepada migrasi perkhidmatan ke platform dalam talian semata-mata, malah melibatkan perubahan struktur kerja, minda dan strategi operasi untuk memastikan perkhidmatan percukaian yang lebih efisien dan mesra pengguna.

“Ia merangkumi sistem seperti MyTax, ByrHASiL, e-Filing dan kini e-Invois – semuanya diwujudkan bagi membolehkan pembayar cukai menguruskan hal ehwal cukai mereka secara pantas, mudah dan selamat tanpa perlu hadir ke kaunter,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi bertajuk “Digitalisasi HASiL: Memudahkan Urusan Pembayar Cukai”.

Marsidi berkata sistem digital seperti e-Filing yang dilengkapi fungsi pengiraan automatik dan semakan akhir banyak membantu pengguna mengelakkan kesilapan lazim seperti pengiraan cukai yang salah serta data tidak lengkap.

“Fungsi integrasi data, pengesahan automatik dan penggunaan sistem yang berteraskan identiti tunggal melalui MyTax memastikan maklumat pembayar cukai adalah konsisten dan mudah dijejak,” katanya sambil menambah bahawa sistem itu turut dihubungkan dengan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) daripada majikan.

Menyentuh mengenai inisiatif terbaharu, Marsidi berkata pelaksanaan e-Invois yang mula dikuatkuasakan secara berfasa sejak 1 Ogos 2024 mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, khususnya golongan peniaga kecil dan sederhana.

“Hingga 4 Jun 2025, lebih 313.4 juta e-Invois telah direkodkan melibatkan 33,391 pembayar cukai. Ini jelas menunjukkan penerimaan yang sangat positif terhadap inisiatif digital ini,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan e-Invois bukan sekadar menggantikan invois bercetak, malah membuka peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menstruktur semula sistem perakaunan perniagaan mereka secara lebih sistematik dan berkesan.

Portal dan aplikasi MyInvois yang ditawarkan secara percuma membolehkan pengguna mengakses, menghantar dan menyimpan dokumen transaksi secara digital sekali gus mengurangkan risiko kehilangan dokumen dan mempercepat urusan pentadbiran.

Dalam usaha memastikan pematuhan terhadap sistem baharu ini, Marsidi berkata HASiL turut menyediakan pusat rujukan sehenti melalui laman mikro e-Invois serta garis panduan, video tutorial dan meja bantuan e-Invois 24/7, selain kaunter e-Invois juga disediakan di semua pejabat HASiL bagi memudahkan pembayar cukai memahami dan melaksanakan sistem tersebut dengan lancar.

“Kami ingin menggalakkan pembayar cukai, khususnya PMKS supaya tidak menunggu saat akhir. Mula buat persediaan sekarang, akses semua panduan yang tersedia, dan jika ada kekeliruan, hubungi kami. HASiL sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya.

Marsidi menegaskan bahawa usaha digitalisasi yang dilaksanakan HASiL adalah selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Negara (MyDIGITAL) dan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan sektor awam secara holistik melalui teknologi.

“Harapan kami adalah untuk membangunkan ekosistem perkhidmatan cukai yang berteraskan kemudahan, kepercayaan dan keselamatan. Fokus kami ialah menyediakan perkhidmatan tanpa sempadan yang boleh diakses dari mana-mana lokasi, pada bila-bila masa,” katanya.

Marsidi turut menyeru semua pembayar cukai memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang disediakan dan menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan awam.

“Gunakan MyTax, e-Filing dan MyInvois untuk memudahkan urusan anda. Sama-sama kita jayakan transformasi digital ini demi masa depan Malaysia yang lebih cekap dan telus,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings