the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini

SEKINCHAN: Diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diberikan kerajaan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu akan menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk membayar kepada syarikat konsensi lebuh raya.

“Dalam setahun, lapan hari diberikan tol percuma dan sekarang jumlah hari sama akan diberikan diskaun 50 peratus.

“Kalau 100 peratus (percuma), kita menggunakan RM160 juta, bahagia dua (50 peratus) bayaran kepada konsesi sebanyak RM80 juta,” katanya kepada pemberita pada lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar-Sabak Bernam di sini hari ini.

Beliau berkata pengurangan tol 50 peratus dipersetuju dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

“Pada Tahun Baharu Cina diberikan diskaun 50 peratus dengan keputusan itu dibuat memandangkan rakyat masih memerlukannya (semasa musim perayaan).

“Jadi, Kabinet telah memutuskan supaya ini diteruskan sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya,“ katanya.

Beliau berkata kos bagi diskaun tol terbabit dibiayai kerajaan dengan menggunakan duit rakyat dan bukannya dibiayai syarikat konsesi.

Sebelum ini, Nanta dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji pendekatan yang lebih bersasar membantu rakyat bagi menggantikan kaedah pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China conducts missile test-fire in the Pacific Ocean

Beijing confirms rare submarine-launched missile test in the Pacific, drawing condemnation from Japan and regional powers.

Customs official charged with RM15,000 bribe to close case

A Royal Malaysian Customs assistant director pleads not guilty to accepting RM15,000 in bribes to close an investigation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings