the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua individu ditahan disyaki keldai akaun

BALIK PULAU: Polis menahan seorang wanita dan lelaki semalam kerana disyaki menjadi keldai akaun sindiket penipuan dalam kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita berusia 36 tahun itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pelaburan kripto yang tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM459,972.

Beliau berkata wanita itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di Sungai Petani, Kedah semalam, bagi membantu siasatan berkaitan laporan polis membabitkan mangsa di Bayan Lepas, di sini.

“Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam beberapa akaun bank berbeza melibatkan nilai keseluruhan RM459,972,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kamarul Rizal berkata lelaki itu pula dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan peluang pekerjaan sambilan secara dalam talian.

Beliau berkata mangsa telah membuat beberapa transaksi wang ke akaun bank berbeza membabitkan keseluruhan RM28,800 untuk mendapatkan komisen.

“Hasil maklumat dan risikan, polis menahan lelaki itu di Kangar, Perlis semalam bersangkut kes di Bayan Lepas berkenaan,“ katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings