JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah di sini awal pagi ini.
Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.44 malam.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira sepuluh minit selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.
Dua pasang selipar ditemui di tepi tasik yang dipercayai milik kanak-kanak berusia sembilan dan sepuluh tahun yang dilaporkan hilang.
Pencarian di permukaan air dijalankan menggunakan teknik water surface searching dalam radius 25 kaki.
Pasukan Penyelam di Air kemudian meneruskan operasi menggunakan teknik arch pattern.
Kedua-dua mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira 10 kaki di bawah batu pada jarak lima meter dari tebing tasik.
Mangsa ditemui pada pukul 2.28 pagi selepas operasi pencarian intensif dijalankan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafizie berusia sembilan tahun.
Mangsa kedua ialah Muhammad Khalish Rayqarl Hasimibudi berusia sepuluh tahun.
Operasi dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya dengan kekuatan 14 anggota.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai turut membantu operasi mencari dan menyelamat tersebut.
Tiga jentera bomba terlibat dalam operasi iaitu sebuah FRT, EMRS dan kenderaan utiliti.
Operasi mencari dan menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 3.05 pagi. – Bernama