the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan jual mercun, bunga api tanpa permit

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki kerana menjual pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit sah dianggar bernilai RM1,730 di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata kedua-duanya yang berusia 18 dan 51 tahun ditahan semasa anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap gerai mereka.

Beliau berkata mereka kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

“Polis meminta orang ramai mengelak daripada terlibat dalam sebarang kegiatan penjualan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings