the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki maut kereta rempuh belakang lori

KUANTAN: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang-Kuantan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kemalangan sekitar 10 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Waja Zulkifli Mohamad, 43, dan penumpang hadapan Mohd Hairul Azlin Samud, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika Zulkifli yang bekerja sebagai mekanik dan Mohd Hairul bekerja di kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

“Ketika di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings