the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua maut dalam kemalangan babitkan lima kenderaan di Kuala Langat

SHAH ALAM: Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dua yang maut dalam kemalangan itu dipercayai merupakan seorang ibu dan anaknya.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7 pagi berhubung kejadian, dan berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata salah sebuah kereta yang dihempap lori itu dinaiki oleh dua wanita berumur 20an dan 40an, serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, ketiga-tiganya dipercayai daripada satu keluarga.

Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 9.45 pagi, namun wanita 40an serta kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi cedera di bahagian kaki dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings