KOTA TINGGI: Dua individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Jalan Tanjung Balau menuju Sedili.
Kemalangan berlaku berhampiran kawasan kebun kelapa sawit di sini pada awal pagi ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Faizal Ahmad dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 pagi.
Sebuah pasukan lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer.
Pasukan bomba tiba di lokasi pada 4.58 pagi dan menemui sebuah kereta Toyota Vios yang terbabis dan melanggar pokok.
Kenderaan tersebut telah terbakar hampir 93 peratus ketika pasukan bomba tiba.
Dua mangsa terperangkap di dalam kenderaan yang terbakar itu disahkan meninggal dunia di lokasi.
Mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 21 tahun dan seorang lagi dipercayai wanita dewasa.
Kematian kedua-dua mangsa disahkan berpunca daripada kebakaran yang berlaku.
Operasi bomba ditamatkan sepenuhnya pada 6.11 pagi selepas keadaan terkawal.
Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama