the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua maut termasuk seorang rentung kereta dinaiki bertembung treler

KUANTAN: Dua individu maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler berhampiran Kampung Sungai Miang, Pekan malam tadi (Dis 26).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Pekan dan Nenasi bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil dipercayai bertembung dengan treler dan mengakibatkan kereta terbabit terputus dua serta terbakar.

“Seorang mangsa lelaki dipercayai pemandu kereta itu tercampak keluar dari kenderaan berkenaan, manakala mangsa wanita tersepit dan terbakar di dalam kereta itu,“ katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan, katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings