the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua wanita ditahan halang tugas polis, cetus provokasi

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan membuat provokasi terhadap anggota polis yang menjalankan tugas di Subang Jaya, Selangor, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian pada 11.10 malam itu, anggota polis yang menjalankan rondaan jenayah di tepi Jalan SS15/4G Subang Jaya ternampak sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua wanita terbabit berada di lokasi itu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata anggota polis telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa dan meminta kad pengenalan untuk tujuan pemeriksaan, namun kedua-dua wanita terbabit enggan memberi kerjasama.

“Malah, seorang daripada wanita berkenaan mengeluarkan telefon bimbit dan merakam video serta mempertikaikan tugas pihak polis,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, kedua-dua wanita berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Kedua-dua, katanya yang direman dua hari hingga hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Wan Azlan turut menasihati orang ramai supaya memberikan kerjasama kepada agensi penguat kuasa dan tidak menimbulkan provokasi yang membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings