the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan – Polis

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

TUMPAT: Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata masing-masing yang berusia 72 dan 78 tahun dari dua kampung ketika itu memantau haiwan ternakan mereka di kampung terbabit.

“Dua mangsa itu ditemukan lemas di Kampung Kuala Sat dan Kampung Gelung Gajah serta enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya menasihati orang awam yang terjejas banjir janganlah ingkar arahan pihak berkuasa apabila diminta berpindah ke PPS,“ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat hari ini.

Mohd Yusoff berkata kedua-dua mangsa enggan berpindah kerana mahu menjaga haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

“Ada yang saya lihat siap membina rakit yang cantik bagi menempatkan haiwan ternakan untuk mengelak dihanyutkan arus deras banjir,“ katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai jalan negeri di Taman Sri Bayu, di sini yang menghubungkan bandar Tumpat ke Pengkalan Kubor kini terputus akibat banjir, Mohd Yusoff berkata jalan terbabit tidak boleh digunakan dan kenderaan yang ingin ke Pengkalan Kubor perlu menggunakan laluan alternatif.

Beliau berkata jalan berkenaan adalah jalan biasa dilalui pengguna jalan raya dari Tumpat untuk ke Pengkalan Kubor.

“Saya dapat maklumat beberapa kereta telah dihanyutkan arus deras, namun tiada individu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Mohd Yusoff berkata pada asalnya jalan berkenaan berada di kedudukan tinggi yang dijadikan tempat meletak kereta oleh penduduk kampung susulan banjir.

“Jadi apabila banjir, pemilik meninggalkan kereta mereka dan pergi (berpindah) ke PPS. Arus deras banjir kemudiannya menyebabkan jalan itu mendap,“ katanya.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul di lokasi kejadian disebabkan kawasan itu tidak selamat dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img