the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

EAIC dedah kelewatan siasatan pegawai penyiasat DOF, kemuka syor hukuman kepada PBT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan terdapat salah laku dalam pengendalian siasatan oleh pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Pejabat Perikanan Daerah Pelabuhan Klang (Cawangan Perlindungan Sumber).

EAIC memaklumkan siasatan itu mendapati terdapat salah laku dan kelewatan yang tidak wajar oleh pegawai penyiasat berkenaan dalam melengkapkan semua kertas siasatan bagi tahun 2021 di bawah kendaliannya sehingga menyebabkan kes-kes itu masih belum diselesaikan.

“Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai penyiasat DOF itu kepada pihak berkuasa tatatertib (PBT) DOF, mengeluarkan surat kepada Ketua Pengarah DOF dengan cadangan penambahbaikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) siasatan dan operasi serta membuat pemantauan rapi terhadap semua pegawai penyiasatnya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, EAIC menerima aduan terhadap pegawai penyiasat DOF berkenaan yang tidak menjalankan siasatan dengan sewajarnya ke atas semua kertas siasatan bagi tahun 2021 di bawah kendaliannya sehingga menyebabkan kes-kes itu terbengkalai sedangkan rampasan barang kes telah dibuat.

Dalam kenyataan berlainan, EAIC turut memaklumkan siasatan mereka mendapati pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak mematuhi Perintah Tetap Ketua Pengarah apabila melepaskan sebuah kapal yang disyaki melakukan kesalahan di perairan zon Bintulu.

“Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai yang terlibat kepada PBT Maritim Malaysia,” menurut kenyataan itu.

EAIC sebelum ini menerima aduan terhadap Maritim Malaysia Sarawak berhubung dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah Maritim Malaysia berkaitan prosedur tangkapan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings