the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat cedera dalam kemalangan kereta langgar tiga motosikal di Kuantan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUANTAN: Empat orang cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintasan Bukit Setongkol. Kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 8.45 malam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dari Tanjung Lumpur melanggar tiga motosikal yang sedang keluar dari simpang.

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat telah bertukar merah,“ katanya dalam satu kenyataan.

Tiga penunggang motosikal jenis Yamaha terlibat dalam kemalangan itu, termasuk dua wanita dan seorang pembonceng lelaki berusia antara lapan hingga 32 tahun. Mereka mengalami pelbagai kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img