the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam lebuh raya, 25 jalan utama di Lembah Klang ditutup sempena ASEAN

KUALA LUMPUR: Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.

Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:

Tarikh: Jumaat hingga 26 Mei (7 pagi hingga selesai ketibaan delegasi secara berperingkat)

– Lebuh KLIA

– Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA-Putrajaya)

– Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta)

– Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

– Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh-Jalan Duta)

– Lebuhraya Maju (MEX)

– Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar)

– Lingkaran Putrajaya

– Jalan Istana

– Jalan Damansara

– Jalan Tun Razak

– Jalan Ampang

– Jalan Sultan Ismail

– Jalan Bukit Bintang

– Jalan Imbi

– Jalan Parlimen

– Jalan Kuching.

Tarikh: 26 Mei (8 pagi hingga selesai ketibaan, 5.30 petang hingga selesai ketibaan, dan 7 petang hingga ketibaan)

– Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan dan Stonor-Persiaran KLCC.

Tarikh: 27 Mei (8 pagi hingga 10.30 pagi)

– Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.

Tarikh: 27 Mei (11.45 pagi hingga 1 petang)

– Sepanjang Jalan Tun Razak

– Sepanjang Jalan Mahameru

– Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim

Tarikh: 27 Mei (1.45 petang hingga 3 petang)

– Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching

– Sepanjang Jalan Sultan Ismail

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.

Tarikh: 28 Mei (8 pagi)

– Lebuh KLIA

– Lebuhraya ELITE (KLIA -Putrajaya)

– Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)

– Lebuhraya GUTHRIE

– Lebuhraya PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)

– Lebuhraya MEX

– Lebuhraya KL-Seremban (Sg Besi- Pusat Bandar)

– Lingkaran Putrajaya

– Jalan Istana

– Jalan Damansara

– Jalan Tun Razak

– Jalan Ampang

– Jalan Sultan Ismail

– Jalan Bukit Bintang

– Jalan Imbi

– Jalan Parlimen

– Jalan Kuching

Mohd Yusri berkata penutupan akan dilakukan secara berkala, dengan setiap penutupan akan dilakukan dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan konvoi atau motoked peserta dan tetamu persidangan dari setiap negara tiba ke destinasi.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang akan terlibat dalam penutupan bagi memastikan kelancaran trafik.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan yang ditutup akan dilakukan, termasuk menundanya ke tempat selamat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kenderaan perdagangan dan kenderaan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings