the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi bertemu pelajar dan diaspora Malaysia di Turkiye

ISTANBUL: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Turkiye, menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di negara itu malam tadi.

Majlis berkenaan dihadiri 30 pelajar dan diaspora Malaysia serta pegawai Kedutaan Malaysia di negara itu, termasuk Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.

Turut hadir lapan delegasi dari Malaysia terdiri daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi.

Fahmi meluangkan masa kira-kira tiga jam pada majlis perjumpaan yang juga makan malam itu dan mengambil kesempatan menjelaskan isu terkini yang berlaku di Malaysia termasuk kesalinghubungan Internet, kepengerusian ASEAN dan perkembangan BRICS.

Acara itu juga menjadi platform kepada beliau mendengar dan berkongsi pandangan dengan 30 pelajar dan diaspora Malaysia yang berada di Turkiye.

Fahmi tiba di Istanbul pada 2 Nov bagi lawatan kerja hingga 5 Nov serta untuk menghadiri Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau juga dijadualkan memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC di COMCEC dan menjadi antara tiga wakil selain Qatar serta Senegal.

Kunjungan ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun seorang menteri Malaysia ke COMCEC yang kali terakhir dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings