• 2025-10-16 08:40 PM

KUALA NERUS: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah proaktif memastikan bekalan makanan asas di negeri mencukupi dan tidak terputus, termasuk semasa berlaku bencana banjir.

Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata antara langkah itu ialah menjalin kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memastikan rakyat tidak terjejas isu bekalan makanan.

Berdasarkan pengalaman, jika bencana di Pantai Timur, bekalan dari Pantai Barat dapat menampung keperluan dan begitu sebaliknya.

Dari sudut logistik serta tenaga kerja, FAMA bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk NADMA untuk memastikan semua langkah kecemasan dapat digerakkan segera.

Kita sudah mengenal pasti kawasan berisiko banjir dan menyediakan lokasi alternatif bagi memastikan pengurusan bekalan tidak terjejas.

Aminuddin berkata pengalaman menguruskan bekalan semasa bencana sebelum ini, menjadikan FAMA lebih bersedia dengan pelan tindakan lebih sistematik untuk memastikan kelancaran bekalan di pasaran.

Beliau berkata operasi pasar tani hanya akan diteruskan di kawasan selamat manakala usaha intervensi akan dilakukan sekiranya berlaku lambakan atau kekurangan bekalan di mana-mana kawasan.

Dalam keadaan kecemasan, kita bukan berniaga tetapi membantu dan keutamaan ialah memastikan rakyat mendapat bekalan mencukupi.

Karnival Jualan Agro MADANI @ Terengganu 2025 selama empat hari bermula hari ini, di Perkarangan Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak menghimpunkan 140 usahawan daripada lima kluster utama termasuk produk segar, industri makanan asas tani dan florikultur.

Program itu dijangka menarik kehadiran lebih 40,000 pengunjung dengan sasaran nilai jualan melebihi RM1.2 juta. – Bernama