the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fitnah: Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Okt lepas menerusi Tetuan Faizal Rahman & Co dengan menamakan GISBH dan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran syarikat itu Mokhtar Tajuddin sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan yang diperoleh media hari ini, Mohd Asri mendakwa defendan pertama (GISBH) telah menerbitkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi defendan pertama atas nama “GISB Holdings Sdn Bhd” beserta sebuah poster untuk tontonan umum.

Plaintif mendakwa sidang media yang diadakan pada 29 Ogos lepas antara lain membawa maksud bahawa plaintif telah memfitnah GISBH dan menyebarkan pernyataan palsu selain menimbulkan persepsi buruk mengenai syarikat berkenaan.

Selain itu Mohd Asri juga mendakwa defendan pertama telah memfitnahnya dengan menghantar satu notis tuntutan bertarikh 24 Ogos lepas, menuntut beliau mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari bagi membersihkan nama GISBH.

Plaintif mendakwa notis tuntutan itu antaranya membawa maksud beliau telah menuduh defendan pertama tanpa usul periksa dan membuat dakwaan palsu terhadap GISBH.

Beliau berkata hantaran-hantaran fitnah itu telah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai seorang mufti, ahli akademik serta pendakwah di Malaysia, dan beliau memohon defendan membayar ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta, ganti rugi am, kos, faedah di samping ganti rugi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mohd Asri juga memohon supaya defendan membuat draf permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman dan menerbitkan draf terbabit antaranya dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, News Straits Times dan Facebook defendan secara bertulis selama 30 hari.

Beliau turut memohon defendan memadam pernyataan-pernyataan fitnah itu daripada semua laman sesawang dan media sosial termasuk Facebook, Twitter, Blogspot, TikTok dan Instagram di bawah kawalan defendan.

Pada 10 Okt lepas, Mohd Asri menyaman seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan menerbitkan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISBH.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

VinFast honored for investor relations excellence at the Asian Excellence Awards 2026

At the Asian Excellence Awards 2026 ceremony held in Hong Kong, VinFast was recognized with three prestigious awards, including Best Investor Relations Company and two individual honors.

Berjaya Property, China’s Wanli Tire in US$320 million tyre-manufacturing joint venture

Companies to establish high-performance, state-of-the-art facility in Bukit Tagar, Selangor

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings