the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Forum Sungai Bakap akan ditubuhkan jika calon PH menang PRK – Chow

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

NIBONG TEBAL: Satu Forum Sungai Bakap akan ditubuhkan sekiranya calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin, diberi mandat menjadi wakil rakyat pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, pada Sabtu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika mengumumkan perkara itu berkata Forum Sungai Bakap, merupakan satu platform untuk penduduk di kawasan itu membuat aduan secara terus, sekali gus mencari jalan penyelesaiannya hingga ke akar umbi.

“Kita akan menyediakan satu platform dengan semua pimpinan masyarakat, pertubunan dari seluruh Sungai Bakap dapat dijemput untuk sesi libat urus bersama wakil rakyat kita. Dalam kempen (PRK) masa terhad, bukan kita boleh dengar setiap rungutan dari setiap kawasan.

“Tetapi Forum Sungai Bakap ini akan menjadi satu inisiatif demokrasi penyertaan di peringkat akar umbi yang terbaik, untuk membawa isu kepada kerajaan negeri, agensi di bawah kerajaan negeri, majlis bandar raya, pejabat daerah sehingga kepada kerajaan Persekutuan, demi memastikan hak dan kepentingan pengundi Sungai Bakap dapat dijaga sebaiknya,” katanya.

Chow yang juga Naib Pengerusi DAP berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan sempena kempen PRK DUN Sungai Bakap di Taman Seruling di sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim Chee Keong, Naib Presiden PKR K. Saraswathy dan Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Chow berkata kelulusan Projek Air Perak-Pulau Pinang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, dicapai melalui semangat perpaduan.

“Apabila kerajaan negeri sama dengan kerajaan Persekutuan kita dapat mencapai satu keputusan yang amat memberangsangkan, yang boleh membantu kita menangani isu air di Pulau Pinang ini. Kepada penduduk di sini (Sungai Bakap), inilah komitmen jangka panjang kita.

“Kita pun ada projek-projek (jangka) sederhana yang akan disiapkan, ada yang sudah siap dari sekarang sehingga 2028, beberapa projek akan disiapkan bukan sekali gus tetapi satu demi satu akan disiapkan. Apabila disiapkan projek jangka sederhana ini, maka kita juga yakin masalah air (di Pulau Pinang) dapat ditangani dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau juga berharap proses rundingan berhubung projek berkenaan antara kedua-dua negeri dapat berlangsung dengan semangat perpaduan.

“Kita masih belum runding lagi jumlah dan harga dia. Harap Menteri Besar (Datuk Seri Saarani Mohamad) lebih murah hati, jangan letakkan kadar yang terlalu tinggi sebab kadar yang terlalu tinggi pengguna yang perlu bayar juga,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap Sabtu ini, menyaksikan Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei, akibat keradangan dalam perut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img