the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bagi sektor ekonomi digital, kekangan atau cabaran yang dihadapi termasuk kekurangan pejabat gred A atau bangunan MSC Cybercenter yang mampu menampung permintaan tinggi pelabur serta persaingan dalam penawaran insentif oleh negeri dan negara lain.

“Namun, kerajaan negeri bersama-sama kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi sentiasa bekerjasama dalam memastikan cabaran yang dihadapi dapat diatasi sepenuhnya.

“Ini adalah bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pilihan utama pelabur tempatan dan antarabangsa,“ katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Chow menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) yang bertanya mengenai cabaran dan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Beliau berkata antara syarikat perusahaan yang dilawati semasa misi pelaburan Ketua Menteri ke Amerika Syarikat (AS) termasuk Agilent Technologies, AMD Inc, Brooks Instrument, Centific, Coherent Inc, Cohu Inc, Dexcom Inc dan TTM Technologies.

Kerajaan negeri giat memperkukuh hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur termasuk di AS yang telah memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan mereka.

Baru-baru ini delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat berkenaan bertujuan mempromosi Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan untuk elektrik dan elektronik, semikonduktor, peranti perubatan, GBS dan sebagainya.

“Industri dan ekosistem yang kukuh antara faktor utama yang menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik ke Pulau Pinang,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

XTransfer returns to the Summer Davos Forum

XTransfer returned to the Summer Davos Forum as the only World Economic Forum institutional member from China's B2B cross-border payments sector. The company highlighted SME resilience, digital finance innovation, and AI-powered risk management while discussing the future of global trade and cross-border payments.

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings