• 2025-06-28 09:01 PM

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Laut Scotia pada 4.32 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 3,152 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.