the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi bermagnitud 5.8 landa perairan berhampiran Taiwan-CENC

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

BEIJING: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan perairan berhampiran Daerah Taitung, Taiwan, pada 7.00 malam Rabu, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada latitud 23.33 darjah utara dan longitud 121.72 darjah timur. Gempa bumi berlaku pada kedalaman 20 kilometer, menurut CENC.

Gegaran dirasai di beberapa lokasi di Taiwan, termasuk Taipei, namun setakat ini tiada yang dilaporkan maut.

Media tempatan melaporkan, perkhidmatan MRT Lapangan Terbang Taoyuan dihentikan sementara akibat gempa bumi. Perkhidmatan metro di Taipei pula memaklumkan yang semua tren kini beroperasi pada kelajuan yang dikurangkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img