KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala ritcher melanda Selatan Sumba, Indonesia pada 10.28 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 11 kilometer (km) itu berlaku 315 km selatan dari Bima, Indonesia.
Bagaimanapun ia tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.