the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji mengadap pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Hajiji dalam perkongsian di laman Facebook beliau berkata beberapa perkara penting telah dibincangkan dalam sesi mengadap itu termasuk peluang ekonomi antara Sabah dan Johor.

Beliau berkata selain itu, agenda pembangunan bola sepak Sabah melalui kerjasama dengan kelab bola sepak dimiliki baginda iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) turut dibincangkan.

“Kerjasama erat Persatuan Bola Sepak Sabah dengan JDT juga akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di kawasan terpencil,“ katanya.

Hajiji turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tunku Mahkota Ismail kerana turut memberi sumbangan peribadi kepada SAFA.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings