the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hasil lawatan kerja Johari dibawa ke persidangan speaker Parlimen dan DUN bulan depan

KUANTAN: Hasil dapatan lawatan kerja Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula sejak bulan lepas akan dibawa ke Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 pada September ini.

Johari berkata lawatan kerja itu yang pertama kali dianjurkan adalah bertujuan untuk berkongsi pertukaran ilmu dan pengalaman dalam kalangan Yang Dipertua Dewan dalam memartabatkan serta memperkasakan institusi Speaker.

“Ini (Pahang) merupakan negeri kesembilan. Jadi, sudah tentu perjalanan satu dewan ke satu dewan yang lain itu mungkin ada perbezaannya dan kelebihannya, di sinilah peluang untuk kita berkongsi pengalaman.

“Mungkin juga ada benda baharu yang boleh kita kongsi bersama. Saya sendiri secara peribadi telah belajar banyak daripada apa yang terjadi di negeri-negeri. Di sinilah betapa pentingnya lawatan ini yang boleh kita cadangkan apabila kita bersidang nanti,“ katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 yang akan berlangsung 11 hingga 14 Sept ini, pihaknya akan membentangkan hasil dapatan sekali gus memperbaiki setiap DUN untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada persidangan itu.

“Insya-Allah, akhir persidangan (Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024), kita sediakan resolusi. Resolusi ini akan menjadi panduan kita untuk dibawa ke negeri bagi kita cadangkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakannya sebaik mungkin,” katanya.

Johari berkata antara perbincangan yang disentuh semasa lawatan kerja itu adalah penggunaan sistem digital yang dilihat penting dalam mentransformasikan perjalanan persidangan Dewan Rakyat dan DUN, misalnya menguruskan aturan dewan khususnya berkaitan soalan daripada wakil rakyat mampu memudahkan persidangan serta menjimatkan kos.

“Saya pernah menjadi wakil rakyat di Kedah dan apa yang diperkenalkan di negeri ini, soalan-soalan akan dimasukkan secara terus ke dalam sistem, jadi ia lebih cepat. Idea daripada Kedah itu saya bawa dan sepadankan dengan urusan di Parlimen.

“Di Pahang, saya dimaklumkan ada satu aplikasi yang digunakan untuk mentranskripsikan hansard di Parlimen, tidak perlu taip balik (jimatkan masa),” katanya.

Beliau berkata selepas Pahang, lawatan kerja itu akan diteruskan ke Selangor, Sarawak dan berakhir di Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings