the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HPMP Peringkat 1: Berjaya kurangkan penggunaan HCFC sebanyak 70% – NRES

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mengurangkan penggunaan hidroklorofluorokarbon (HCFC) sebanyak 70 peratus berbanding sasaran asal 43 peratus, menerusi pelaksanaan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) Peringkat 1, kata Ketua‬‭ Setiausaha‬‭ Kementerian‬‭ Sumber‬‭ Asli‬ dan‬‭ Kelestarian‬‭ Alam‬‭ (NRES) Datuk‬‭ Dr Kim Ching‬‭ Thoo‬‭.

Beliau berkata perkara itu telah disampaikan semasa mewakili Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad ke mesyuarat Parti-Parti kepada Konvensyen Vienna kali ke-13 (COP13) dan Mesyuarat Parti Protokol Montreal ke-36 (MOP36), yang diadakan selama dua hari di Bangkok bermula semalam.

“Malaysia‬‭ turut‬ menyasarkan‬‭ penghapusan‬‭ penuh‬‭ penggunaan‬‭ HCFC‬‭ dapat‬‭ dicapai‬‭ menjelang‬ 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kim berkata Malaysia turut memaklumkan pada mesyuarat tentang Pelan Pelaksanaan Kigali (KIP) yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini, bertujuan‬‭ mengawal selia‬‭ pengimportan‬‭ dan‬‭ pengeksportan‬‭ hidrofluorokarbon‬‭ (HFC).‬‭

Beliau berkata Malaysia telah‬‭ menyeru‬‭ anggota mesyuarat agar‬‭ sokongan‬‭ teknikal,‬‭ kewangan‬‭ dan‬‭ pembangunan‬‭ kapasiti‭ kepada‬‭ negara‬‭ membangun‬‭ termasuk‬‭ Malaysia, dapat‬‭ diteruskan‬‭ bagi‬‭ memastikan‭ pelaksanaan berterusan obligasi di bawah Protokol Montreal.

Pada mesyuarat itu juga, Kim berkata beliau telah mengadakan‬ perbincangan‬‭ dua‬‭ hala‬‭ dengan‬‭ wakil‬‭ Bank‬‭ Dunia‬‭ dan‬‭ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi program alam sekitar (UNEP), membincangkan‬‭ peluang ‭ kerjasama‬‭ antara‬‭ kedua-dua‭ pihak dalam menyokong pelaksanaan Protokol Montreal.

Mesyuarat‬‭ COP‬‭ diadakan‬‭ setiap‬‭ tiga‬‭ tahun‬‭ sekali‬‭, manakala‬‭ MOP‬‭ merupakan‬ mesyuarat‬‭ tahunan‬‭ bagi‬‭ memuktamadkan‬‭ usul-usul‬‭ berkaitan‬‭ perlindungan‬‭ lapisan‬ ozon dan bahan pemusnah ozon (BPO), melibatkan penyertaan 198 negara yang menjadi parti‬‭ dan‬‭ bertanggungjawab‬ ‭ mengurangkan‬‭ atau‬‭ menghentikan‬‭ pengeluaran‬ serta penggunaan‬ BPO.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings