the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan lebat di ibu negara: Tiga kejadian pokok tumbang, empat kenderaan rosak

KUALA LUMPUR: Hujan lebat petang tadi menyebabkan tiga kejadian pokok tumbang dilaporkan di Gombak dan Petaling Jaya, Selangor serta Desa Melawati di sini, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pokok tumbang di laluan menghala Sungai Pusu, Gombak pada 6.10 petang dan jentera tiba 32 minit kemudian.

Beliau berkata enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati sebatang pokok tumbang dan menghalang jalan namun tidak membabitkan mangsa serta kerosakan struktur jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, seorang wanita terselamat selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya dihempap pokok tumbang di Stesen LRT Taman Megah, Petaling Jaya malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.39 malam melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun.

“Apabila sampai di lokasi kejadian terdapat seorang mangsa di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, tiga kenderaan rosak selepas dihempap pokok tumbang di jalan utama ke kondominium Desa View Towers di Taman Desa Melawati di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.34 petang dan sembilan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota membuat tindakan dengan menggunakan mesin gergaji berantai untuk memotong pokok yang menghempap kenderaan dan menghalang lalu lintas di lokasi kejadian.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut membantu menangani insiden terbabit. Tiada mangsa yang terlibat di lokasi dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.39 malam,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Customs official charged with RM15,000 bribe to close case

A Royal Malaysian Customs assistant director pleads not guilty to accepting RM15,000 in bribes to close an investigation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings