the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Johor tahan 114 warga asing bekerja tanpa permit

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 114 warga asing dipercayai bekerja tanpa permit yang sah dalam Ops Belanja dan Ops Selera, di sebuah pasar raya di Tampoi di sini, Jumaat lepas.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan kira-kira 11.30 pagi itu, dilakukan hasil risikan selama seminggu, susulan aduan awam diterima memaklumkan kewujudan warga asing di premis berkenaan.

Beliau berkata operasi itu melibatkan 90 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa negeri serta pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, jabatan itu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 51 lelaki warga Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India, dengan kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 58 tahun.

“Tangkapan dibuat kerana kesemua mereka disyaki gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, selain melanggar syarat pas ditetapkan,” katanya dalam satu, kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 11 (7) (a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Pada masa sama, kita turut menyeru kepada warga asing agar merebut peluang menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan tamat pada 31 Dis depan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings